Thursday, December 6, 2012

cintailah DIA ..





BAHAGIAN 1
as the sky getting dark
and the sun seems disappear behind
the lovable sky and clouds
the rain slowly start to fall.

astaghfirullahallazim ! Adni beristighfar dengan panjang. Tersedar daripada lamunan yang membuai perasaan remajanya. Dia merenung jam 'spongebob' yang berwarna kuning di atas meja tulisnya yang berhias indah dengan kuntuman flora kesukaannya itu iaitu bunga matahari.

Adni terus menutup tingkat apabila terdengar bunyi guruh di langit yang menandakan hujan mulai mengambil alih posisi mentari yang sedari pagi tadi menyinari bumi indah ciptaan ALLAH ini. Kemudian, dia menginjak langkah ke bilik air untuk mengambil wuduk. Adni sememangnya gemar dan sentiasa mengambil wuduk meskipun waktu untuk solat belum tiba. Teringat pesanan Kak Fia .

“Adni wuduk itu bukan hanya perlu diambil ketika mahu bersolat tapi juga afdhal jika kita mengamalkan amalan sentiasa berwuduk. Andai Adni mempunyai masalah in sya ALLAH dengan wuduk, hati Adni akan tenang . Lagipun Rasulullah pernah bersabda,”Apabila seorang muslim atau mukmin berwuduk, maka dia membasuh mukanya keluarlah daripada mukanya itu segala dosa yang dilakukan oleh matanya bersama air atau bersama dengan titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua tangannya keluarlah daripada keduanya segala dosa yang dilakukan oleh tangannya bersama air atau bersama titisan air yang akhir. Apabila dia membasuh kedua kakinya keluarlah segala dosa yang dilakukan oleh kedua kakinya bersama air atau bersama titisan air yang akhir sehingga bersihlah dia daripada segala dosa.”

Adni tiba – tiba menangis. Butir – butir jernih itu dengan perlahan turun membasahi pipi gebu milik Adni. Terus , dia merebahkan tubuh nya di atas katil. Memeluk bantal 'pooh' untuk melepaskan segala tekanan perasaan. Tidak pernah Adni menangis kerana hal sebegini, tapi apakan daya jiwa mudanya tidak dapat menepis segala dugaan hati ini. Siapa dia ingin menolak rasa yang hadir? Siapa dia ingin mencintai insan yang sememangnya mempunyai ciri – ciri zauj idamannya? Rasanya dirinya masih belum cukup sempurna untuk mencintai makhluk ALLAH itu. Serasa dunianya semakin kelam, fikirannya sudah tidak berkocak seperti tadi lagi. Perlahan-lahan kelopak matanya tertutup. Adni sudah tenggelam dalam lena di sebalik tangisannya pada petang itu


*****************************************************************

Adni sedang mengemas buku di atas meja. Waktu Cikgu Fauziah guru Bahasa Melayu kesayangannya baru sahaja berakhir. Dengan pantas Adni mengemas buku-buku latihan Bm dan menggantikan dengan buku Mathematics. Sememangnya, Adni lebih suka bersedia sebelum belajar. Lantas tidak hairan lah andai setiap tahun dia pasti tercalon dalam senarai pelajar cemerlang. Malahan, dia juga berjaya memenangi Tokoh Maalhijrah pada tahun ini.

'Assalamualaikum.. ehem. Adni .. saya nak bagi something kat awak.' dengan nafas yang tersekat – sekat Isham cuba untuk menghabiskan sepotong ayat itu. Adni yang kehairanan memandang Isham dengan tajam. Kelu lidah Isham melihatkan pandangan Adni tersebut.

' Nah ambil lah.' ucap Isham lagi. Dengan tergesa-gesa dia terus meninggalkan surat itu dia atas meja Adni. Terpinga – pinga si Adni. Berdegup kencang hatinya apabila melihat kelakuan Isham itu. Seketika kemudian dia beristighfar dan duduk untuk menenangkan hatinya. Tidak disangka Isham bertindak sedemikian rupa. Dengan pantas Adni menyinpan surat tersebut ke dalam beg sekolahnya.Sepanjang sesi pembelajaran, Adni tidak dapat menumpukan perhatiannya sehinggakan apabila rakan baiknya Sue juga perasan dengan perubahan drastik Adni pada hari tersebut.


Sehinggalah pada waktu akhir pembelajaran, Adni masih lagi kelihatan murung. Usai sahaja mengemas buku-bukunya, Adni terus meneruskan langkah kakinya dengan longlai ke tempat parking matosikalnya. Fikirannya berkecamuk. Cinta ? Baginya perkataan itu tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Sememangnya tidak dinafikan dia amat mengkagumi jejaka tersebut. Isham Haris merupakan seorang pelajar contoh di sekolahnya. Bukan sahaja mempunyai rupa malahan berbakat dalam segenap bidang.

' huh ..' keluhan kecil itu disertai dengan istighfar kepada Allah s.a.w. Kawasan parking motor itu semakin sunyi apabila jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Adni mengeluarkan kunci motornya sebelum menyedari seseorang membisikkan namanya dengan perlahan.

'Adni..' bisik suara itu. Adni tergamam, kunci motor Novo nya juga telah terjatuh akibat terlalu terkejut.





' Tidak ku pinta sejambak mawar atau seratus dinar EMAS, cukuplah dengan 

keredhaan ALLAH ke atas hubungan kita'



to be continued =='


No comments:

Post a Comment