Friday, December 14, 2012

cintailah DIA .. episod II


Adni terpaku, tidak menyangka kehadiran seseorang yang sebenarnya telah agak lama mengetuk ruangan hidupnya. Adni dengan lantas menjatuhkan pandangan matanya, tidak sanggup menatap sepasang mata redup itu yang sekian lama menjadi igauannya. Dengan pantas Adni mengutip kembali anak kunci motornya dan mula menghidupkan motosikalnya. Tidak ingin mempedulikan suara arjuna itu.

' Emm.. tidak mengapalah kalau awak tidak sudi berbicara dengan saya. Cuma apa yang saya nak awak tahu, sebenarnya saya ikhlas sukakan awak. Perasaan itu lahir daripada hati. Saya akan tunggu hingga awak bersedia. Percayalah. ' dengan perlahan Isham memulakan langkah untuk meninggalkan tempat parking motosikal tersebut. Dengan mengalas beg 'body glove' berwarna merah, Isham dengan perlahan melangkah menuju ke hadapan sekolah. Ingin menunggu abangnya, Irfan untuk mengambilnya daripada sekolah. Isham redha dengan apa sahaja keputusan Adni. Baginya , dia bahagia apabila melihat Adni bahagia. Bagaikan melepaskan beban di bahu apabila dia telah meluahkan perasaan kepada Adni. Perasaan yang telah tertanam hampir dua tahun itu telah berjaya diluahkan..

*******************************************************************************

Adni tersedar daripada lenanya pada petang itu. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang. Adni dengan pantas mengemas katilnya dan menuju ke bilik air. Ingin membersihkan diri dan juga menunaikan solat asar yang masih belum tertunai.

Usai solat, Adni mengambil Al-Quran wanita yang berwarna merah jambu hadiah daripada uminya, Puan Adibah. Dengan fasih dan tekun, Adni membaca surah Al-mukminun. Hanya dengan ayat-ayat daripada kitab Allah sahaja yang mampu menenangkan hati Adni. Selesai sahaja membaca Al Quran, Adni keluar daripada kamar tidurnya dan menuju ke ruang tamu. Dari kejauhan, Adni sudah nampak kelibat ibu dan papanya, Encik Arash. Pn. Adibah tersenyum kecil melihat kelibat anak dara bongsunya itu.

' eh, bila masa ibu dan papa balik? Hihi, tak sedar pula.' Adni menyeringai.
'sayang, jom makan kek cokelat kegemaran kamu ini. Asyik berkurung dalam bilik saja, Adni banyak kerja sekolah ke? Sampai tak sedar ibu dan papa kamu balik. Macam mana belajar hari ini? Is it going well? ' ujar Pn. Adibah kepada anak perempuan bongsunya.
'Alhamdulillah , everything goes well like usual. Ibu , kak Fia balik tak minggu nie? Bukan dia cakap dia nak balik ke minggu ni? Sebab hari itu dia cakap dia nak balik nanti study week. Kak Fia ada call ibu ke?ujar Adni bersungguh-sungguh. Sambil mengunyah kek cokelat itu, Adni menuangkan air milo ke dalam cawannya.
'kenapa tanya pasal Kak Fia pula? Nak suruh dia ajar subjek Biologi kamu ke? Nanti Ibu call suruh dia balik hujung minggu nie ek? Kata Pn . Adibah sebelum menuju ke dapur.
'okay Ibu! Thanks! Hihi, nie sayang Ibu nie.' ujar Adni dengan gembira.
' hai sayang Ibu saje? Abah tak sayang?' sampuk En. Arash . 'hishh mestilah sayang! Apalah Abah nie' bisik Adni sambil menyuap kek cokelat ke mulut Abahnya yang tersayang.

Sesungguhnya, Adni bersyukur kerana mempunyai keluarga yang bahagia. Abah yang selalu melindunginya, Ibu yang selalu menjadi tempat bermanjanya dan tidak ketinggalan Kak Fia yang menjadi tempat luahan perasaan dan pakar motivasinya.

Kak Fia sememangnya seorang anak yang amat solehah. Selain mempunyai budi pekerti yang mulia, beliau juga seorang yang amat berdedikasi dalam kehidupan. Sekarang Kak Fia melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam bidang perubatan. Kak Fia sememangnya menjadi tempat rujukan Adni tatkala dilanda masalah. Kata-kata Kak Fia sungguh menusuk hingga ke dasar hati. Setiap butir mutiara kata yang dinasihatkan kepada Adni ketika dia merasa lemah amat menguatkan semangat dan keimanan terhadap yang Esa.

Adni tidak sabar menunggu kepulangan kakak kesayangannya hujung minggu ini. Permasalahan mengenai Isham itu harus disuarakan. Tidak sanggup dia menanggung rasa gundah ini sendirian. 'huhhh..' Adni mengeluh kecil, esok dia harus bertemu lagi dengan jejaka itu. Adni terkenang kembali momen – momen di saat Isham memberi surat itu. Warkah itu belum sempat dibuka dan dibaca. Perkataan yang tepat bukan tidak sempat tetapi takut. Setelah berkira-kira, dia bertekad untuk membaca warkah daripada Isham.
Dengan lafaz bismillah sampul surat itu dibukanya. Sungguh indah warkah itu, Adni tersenyum kecil, hatinya sebenarnya berbunga riang apabila menerima surat daripada jejaka itu. Jejaka yang sebenarnya dicintai dalam diam itu. Tidak disangka Isham mempunyai rasa yang sama dengannya. 

Namun, Adni sedar dia tidak layak mencintai apatah lagi menerima cinta daripada Isham Haris. Cinta.. Adni berfikir sejenak, sebelum tersenyum . Baginya, tidak layak bagi seseorang insan itu mencintai insan yang lain andai cinta kepada Ilahi diabaikan . Bukanlah dia ingin mengatakan bahawa Isham itu tidak mencintai ALLAH dan Rasulullah cuma semua ini terlalu awal. Teringat kepada pesanan Ustazah Fatimah Syarha, ' Cinta itu fitrah manusia. Cinta itu perasaan. Sama sahaja dengan perasaan lain seperti marah, suka , kecewa dan sebagainya. Namun kita sebagai seorang muslim yakni jika ingin menjadi seorang mukmin yang sejati seharusnya harus bijak menguruskan hal-hak berkaitan perasaan. Pause dulu perasaan itu, andai kata dia tercipta untuk kita In sha Allah lambat laun cinta itu pasti bersatu. Jangan diabaikan cinta terhadap Ilahi hanya kerana cinta manusia.' terimbau kembali saat-saat ceramah Ustazah Fatimah Syarha yang dihadiri Adni di kem pada ramadhan lepas.

Adni memulakan bacaannya..

assalamualaikum w.b.r..
with the name of ALLAH, the most merciful and the most gracious..

salam dari kejauhan ..
dengan nama Tuhan yang telah meletakkan setitis cinta yang kini telah
menjadi sebatang sungai yang sentiasa mengalir dari sebuah rindu yang kejauhan.
Andai tiada ketenangan yang dikirimkan oleh yang Esa, mungkin rasa ini tidak dapat ditahan
gelora dan alirannya. Mungkin cinta ini akan menjadi rasa yang bakal membunuh setiap
tindak tandukku.

Saat warkah ini ditulis, betapa aku ingin meluahkan rinduku yang melaut.
Andai sahaja kau dapat merasakan apa yang aku rasa.
Betapa rindu ini menyakitkan, betapa cinta ini sentiasa mengganggu benak fikiranku.
Ingin sahaja aku mengetahui setiap perkhabaranmu.
Apa khabar iman mu hari ini?
Apa khabar semangat mu hari ini?
Betapa aku ingin mengetahui tentang rasa jiwa mu?
Apakah kita sama?
In Sha Allah, jika Allah ingin kan kamu jua merasakan perasaan aku ini.
In Sha Allah, andai ditakdirkan-Nya kita akan bersatu.
Meski aku kelam dengan perasaaan kamu.
Aku redha andai Tuhan hanya mengirimkan perasaan ini hanya untukku.
Mungkin untuk membuka jiwaku untuk keesaanNya.
Aku mengerti bahawa perasaan itu milik Allah
mungkin ini yang terbaik buat hamba-hambanya.
Namun, aku hanya ingin meluahkan perasaan dari sekeping hati yang ikhlas.
Hati yang seringkali terdetik akan mu setiap kali mentari muncul
di sebalik langit biru itu.
hati yang senantiasa menyebut namamu meski bulan
mengambil alih posisi mentari di langit yang kelam itu.

Di saat aku tenggelam dalam noda-noda kegelapan
munculnya kamu sebagai sinar harapan.
Andai aku hanya sebagai pungguk rindukan bulan,
atau hanya sebagai jentayu rindukan hujan.
Aku pasrah.

Moga perasaan ini hanyalah cubaan buatku,
moga hanya seperti renyai embun di hujung daun
yang tidak tegar di situ.
Agar hanya menjadi sebuah kenangan di sebalik sebuah perasaan.

Sekian,
isham





adni terkaku seketika. Masih lagi terpempan dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Terasa ada mutiara jernih bertakung di kelopak matanya. Dengan perlahan jatuh mengenai warkah Isham. Betapa tenangnya perkataan itu diatur dalam sekeping warkah berwarna merah jambu. Adni terduduk di tepian katil , memegang surat itu dengan kemas. Selepas waktu maghrib tadi, Adni bertekad membaca surat itu. Begitukah Isham merasakan tentangnya? Begitukah cinta Isham sehingga redha andai Adni menolak?

==' to be continued

No comments:

Post a Comment