Friday, October 25, 2013

Awan yang terpilu

listening for awan yang terpilu by ning baizura ;)


kerana cinta aku kembara

bagai camar melintas laut mencari

pohon untuk berteduh

kerana cinta aku kembara ikut lagu bisikan hati

damba kasih paling setia

 

eheh. kenapa tetiba lagu ini? saje jea. haha. dalam maksud lagu nie.sangat memberi kesan. pencarian , cinta dan kehidupan. kadang2 aku rasa lagu nih actually mcm kena dengan kisah hitam seseorang hmm yela, kita semua mempunyai sisi hitam sendiri. hmm.oklah sedar tak sedar dah banyak masa berlalu. masa setahun macam sekejap jea. kita sudah menghampiri bulan muharram. bakal meninggalkan bulan dhulhijjah. masyaAllah minggu depan dah masuk bulan baru dalam Islam. tapi. kita masih lagi di sini belum berganjak dari kelompok kejahilan. sedangkan maut itu semakin hampir.  dan aku terfikir bagaimanakah nilai aku di mata DIA, adakah DIA melihat aku sebagai seorang hamba yang hina atau sebaliknya. adakah DIA meredhai aku atau membiarkan aku lemas dalam kehidupan duniawi ini. selalu aku mengucapkan syukur kerana Allah masih menghidupkan sehingga kehari ini. walau terlalu banyak dosa aku DIA masih sudi memberi aku nafas untuk ku hela demi meneruskan kehidupanku seharian. kemudian bertemu dengan temanteman yang sememangnya baik dan sering memberi tunjuk ajar di dalam kehidupan seharian ini. 


pernah sekali member comelku berkata.:

 

D : AKU RASA HIDUP AKU TAK PERNAH BERUBAH. DARIPADA DULU SAMPAI SEKARANG MASALAH AKU TAK PERNAH SELESAI. SUSAH SANGAT NAK SELESAIKAN MASALAH AKU. MACAM TIADA KESUDAHAN.. AKU TENGOK ORANG LAIN MACAM DAH BERUBAH DULU SUSAH SEKARANG SENANG. 

 

A : .... (diam)

 

D :  ENTAHLAH YAA, AKU TAHU INI CUME GODAAN SETAN SURUH AKU FIKIR BUKAN-BUKAN. SAJA JEA NAK SURUH AKU STRESS. (astaghfirullahallazim)


A : KAWAN, JANGAN CAKAP MACAM INI. KAU SEBENARNYA DAH ADA BANYAK. YER MEMANG SUSAH KITA NAK MENGUBAH HATI SESEORANG. HATI MANUSIA ALLAH YANG PEGANG. HATI YANG BERADA DALAM DADA KITA INI PUN KITA KADANG2 TIDAK MAMPU UNTUK KITA KAWAL. INI KAN PULA HATI ORANG LAIN. TEMAN BERSABARLAH. BERDOALAH. HANYA WAKTU YANG MENGUBAH SEGALANYA. MUNGKIN KAU DIKIRIM OLEH ALLAH UNTUK MENGUBAH SEMUA INI. MUNGKIN SEGALANYA BERMULA DENGAN KECEKALAN KAU.


mungkin kita selaalu rasa orangorang itu lebih segalanya daripada kita. dia cantik , dia pandai , dia hebad . dia kaya and dia itu and dia ini. tetapi, adakah dia bahagia? adakah dia tidak ada masalah?

mungkin luarannya perfect tetapi dalaman nya? mungkin kita sering merasa begitu dikala dugaan datang membebani bahu kita, disaat kita meraasakan bahawa tiada siapa yang memahami ape yang kita mahu. dikala itulah hanya Allah lah yang memahami kita. yang sering melihat and mendengar segalanya. yang mengetahui segala hal yang hak atau yang batil. semasa membelek naskhakh al quran pada hujung minggu yang lalu, ada suatu makna dalam kitab suci ini yang begitu indah dan sesuai dengan perasaan jiwa kacau seperti ini .


memetik surah al taha :





yang bermaksud :


Dan janganlah engkau menujukan pandangan kedua matamu dengan keinginan kepada apa yang telah Kami berikan kepada beberapa golongan dari mereka yang kafir itu menikmatinya, yang merupakan keindahan kehidupan dunia ini, untuk Kami menguji mereka padanya sedang limpah kurnia Tuhanmu di akhirat lebih baik dan lebih kekal. (ayat 131).


Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa. (Ayat 132).



sememangya hidup ini adalah pengembaraan. terlalu banyak ujian dan dugaan hanya jiwa yang cekal kerana Allah saw sahaja yang mampu melayari bahtera kehidupan ini. 

 

omar khayyam pernah berkata

 

 Jangan sibukkan dirimu dengan masa silam
dan juga dengan masa depan sebelum ia datang
Raihlah kebaikan dari apa yang sekarang
Karena malam biasanya tidak akan tenang.


sesungguhnya, bagi alim ulama hidup ini bagai penjara. yang penuh dengan ranjau kehidupan. namun bagi golongan yang masih lagi berada dalam dunianya sendiri merasakan bahawa dunia inilah segalanya. wallahi. 


assalam.



2 comments:

  1. Menarik yaa ... yaa buatlah puisi untuk aku pelisss . haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha thanks. biasa2 jah. kau lg gempak posts dlm blog. insyaALLAH wani ;)

      Delete