Friday, January 25, 2013

cintailah DIA III


adni terkaku seketika. Masih lagi terpempan dengan apa yang dibacanya sebentar tadi. Terasa ada mutiara jernih bertakung di kelopak matanya. Dengan perlahan jatuh mengenai warkah Isham. Betapa tenangnya perkataan itu diatur dalam sekeping warkah berwarna biru. Adni terduduk di tepian katil , memegang surat itu dengan kemas. Selepas waktu maghrib tadi, Adni bertekad membaca surat itu. Begitukah Isham merasakan tentangnya? Begitukah cinta Isham sehingga redha andai Adni menolak?


********************************************************************************************************

Hari ini kak fia pulang. Hati kecil adni berputik riang. Dia menarik nafas dengan panjang. Dia tekad dia mesti mendapat nasihat daripada kak fia. Sambil mengepal tangannya untuk membuktikan semangatnya yang waja. Namun, apabila mengingati warkah biru itu, jiwanya serta merta menjadi kacau setiap patah perkataan itu amat menggugat jiwa wanitanya. Siapa dia ingin menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa, apatah lagi isham merupakan lelaki pertama yang bertakhta di hati nya. Lelaki yang selalu diimpikan untuk dijadikan zauj nya suatu hari nanti. Terimbau kembali peristiwa petang tadi di bilik discussion di mana adni meminta izin untuk daripada kawan-kawan yang lain disebabkan kehadiran mengejut dari isham yang ingin menyertai discussion mereka juga. Terkejut kawan – kawan sekelas mereka apabila adni beredar pergi dari bilik itu sedangkan adni sememangnya menyukai jika ahli discussion mereka bertambah. Apatah lagi isham itu merupakan pelajar yang bijak.


'hai korang nak join boleh? Hihi. Sorry kalau mengganggu. ' isham menutur kata-katanya dengan lembut sekali dan melabuhkan tiraian matanya kearah sue, ira, hafiz dan eric sebelum matanya terarah ke arah wajah mulus dan suci itu, Adni Aufa. Isham seakan terasa apabila adni menundukkan pandangan dan melarikan wajahnya kearah lain. Manakala tangannya pula seakan mencatat nota sambil merujuk kepada buku sejarah. Adni seakan mencatat nota dengan bersungguh-sungguh sekali. Bagaikan Isham itu tidak wujud sama sekali. Sekali lagi air muka Isham berubah apabila Adni bingkas bangun dan mengemas barangnya. Dengan senyuman yang nipis Adni memberi alasan bahawa dia ingin menuju ke kantin kerana telah berjanji dengan Nisa , pelajar kelas 5 Gamma. 

Kelakuan Adni itu bagai menghiris sembilu di hati. Begitu sekali kah benci nya Adni terhadap dirinya selepas perasaannya diluah di dalam sekeping warkah yang dihulur ikhlas demi menyatakan perasaan ini? Isham mengeluh kecil.. 'isham , nak join tak?' teguran daripada Eric itu telah menyedarkan dirinya dari terus hanyut dengan perasaanntya sendiri. ' oh tak ape lah, korang study lah. Dah lewat nie. Aku balik dulu yer. Assalamualaikum .' ringkas sahaja Isham nenuturkan perkataan sebelum menuju ke luar sekolah. Sue, Ira, Hafiz dan Eric saling memandang kehairanan. Sue berasa pelik dengan sikap dua orang sahabatnya itu. Seorang macam tu, seorang macam nie.. tanpa memikirkan apa-apa kemungkinan mereka meneruskan perbincangan yang tertunda sebentar tadi.



Adni mengorak langkah dengan tak bermaya menuju ke tempat parking motosikal nya. Sekali lagi fikiran nya kacau. Entah mengapa, tatkala berhadapan dengan jejaka itu perasaannya tidak menjadi tenteram. Tangannya pula seram sejuk.. hishh tak boleh jadi nih. Adni berbisik sendirian. Tanpa memikirkan apa-apa lagi, dia meneruskan perjalanan baliknya.. namun begitu, Adni akui bahawa dia harus lakukan sesuatu. Tidak sanggup dia terus begini..

******************************************************************************************************



'tadaa ! Hahaha, kuat nya mengelamun adik akak sorang nie. Teringat kat siapa agaknye?' terdengar jeritan kakak kesayangannya, Sofia Adlina di muka pintu. Adni sekeadar berpaling dan meneruskan lamunannya di malam yang hening itu. Buat - buat tak endah dengan jeritan kakaknya itu. Saja jer nak jual mahal. Hehehe. Adni pun buat muka sikit. Yer lah janji nak sampai petang, ini sampai ke malam baru sampai. Kak fia mengorak langkah menndekati adni. Dengan perlahan bahu adiknya dipeluk daripada belakang dengan lembut. Adni terasa damai sekali apabila kak fia memeluk nya dari belakang. Kak fia melepaskan pautan nya dan mengeluarkan sesuatu dari dalam beg nya itu. ' adni nak tak? Hehe. Kalau tak nak kak fia makan sorang. ' dengan penuh menggoda kak fia menayangkan kek red velvet yang dibeli di Bakery Suraya. ' eh nak-nak. Siapa kata tak nak? Nak kek tue. Nak jugak. Jangan buat macam nie dekat Adni. Akak please..' pinta Adni bersungguh-sungguh. Adni merengek – rengek sambil menarik baju kurung kakak nya.

 Ciss, macam budak menangis nak coklat. Buruk. Kak fia mengeleng-ngeleng melihat telatah Adni, memang pantang melihat kek red velvet. Dengan tawa yang masih bersisa, kak fia menghulurkan kek tersebut. Saja jer sebenarnya nak test adiknya yang konon-konon merajuk. Adni mengambil kek tersebut selepas mengucapkan terima kasih. ' akak , kenapa balik lambat? Dari kelmarin tahu Adni tunggu kepulangan akak. Sampai nak makan pun tak lalu. ' Adni buat muka kesian. Adni sememangnya terlalu rapat dengan kakak nya. Segala permasalahan diceritakan kepada kakak nya, tiada resembunyi hatta sekecil kuman. ' akak ada discussion tadi. Kan nak exam minggu depan. Tuh yang busy sikit nih. Sorry eh adik akak. ' Akak fia menggosok ubun-ubun adik nya. ' haa, yang tunngu aka balik nih mesty ada somnething kan? Nak cakap pasal ape? Terjah kak fia kepada adik nya yang sedang menikmati kek itu. Wajah adni terus berubah. Kek red velvet yang tadi bersemangat dimakan di tolak ke tepi. Kak fia mengerutkan wajahnya apabila melihatkan perubahan pada diri Adni. ' fia, Adni.. mari makan nak. ' tiba-tiba terjengul kepala Pn. Adibah di pintu bilik Adni. Ibunya itu hanya tersenyum nipis. ' jom lah akak kita makan lah dulu yer? ' ujar Adni kepada kakak kesayangannya. ' erm, yerlah. Jom dik.'




Sepanjang makan malam itu, Adni hanya diam. Sambil berfikir adakah Kak fia dapat memberi jawapan yang tepat kepada permasalahannya? Adakah dia mampu untuk bersemuka dengan Isham lagi selepas ini? Ke nak tukar sekolah? Isshh, meraban. Adni mengeluh.. En. Arash perasan akan kelainan anak daranya itu. 'hai Adni , mengeluh nampak. Makanan tak sedap ke malam nih? Adni membulat kan matanya yang bundar sebelum menyeringai. err.. nak jawab apa nih? Hehe. ' tak lah pa, cuma fikirkan kerja sekolah yang bertimbun. Adni busy lah semenjak nih. Banyak kerja kena buat. Stress.' fuhh. Nasib baik jawapan aku kemas. Adni tersenyum nipis terhadap insan-insan di sekelilingnya. Ibu nya hanya menjeling sahaja. Manakala Kak fia tersenyum manis melihatkan gelagatnya. Kurang asam betul. Ishh. Menyesal pula aku mengelamun masa makan.


 Usai makan malam, Adni cuba menonton tv, namun fikiran nya terarah kembali kepada Isham. Melihat tv bagaikan melihat Isham sedang tersenyum terhadapnya. Eh , takkan dah angau kot? Kemudian, Adni masuk ke dalam bilik dan cuba membaca novel yang baru dibelinya. Ditilik-tilik novel itu. Malam – malam macam nih mesti best kalau baca novel sambil dengar lagu. Mana pulak ear phone nih? Adni mnengumam sendirian. Mencari earphone nya yang berwarna putih. Cari punya cari. Tetap tidak jumpa. Adni sememangnya lebih gemar mendengar lagu menggunakan earphone. Sakit hati ! Adni berbaring di atas katil. Menengadah siling putih yang kosong. Mengelamun tentang masa depan. Mengelamun tentang masalah. Mengelamun tentang cinta. Cinta ? Haihh. Mana kak fia nih? Lama pula Adni tunggu. Dari tadi lagi dia duduk tercongak depan tv sampai lah dia berbaring di atas katil still tak nampak batang hidung. Tadi kata nak cakap phone. Takkan lama sangat kot? Adni menuntun langkah menuju ke bilik kak fia. Dilihatnya kak fia sedang mengemas biliknya. 'Akak, nak borak dengan akak, ' ucap Adni manja. Kak fia buat muka =.= ' eleh cakap jer. Apa masalah nya?



'akak..' Adni menghulurkan surat yang diberi oleh Isham. Dengan harapan kak fia dapat membantu masalah ini. Kak fia membaca surat itu. Tenang sahaja air muka nya. Mungkin perkara begini sudah biasa baginya. ' kak, Adni tak dapat hidup tenang kak. Hari-hari nampak muka dia sahaja.' Adni berterus terang sambil bermain-main tali baju yang dipakainya. 'adni sukakan nya?' kak fia menyoal lagi. Adni kaku. Patutkah dia berterus terang?










ohh myy ??




No comments:

Post a Comment